Kisah Pemuda dan Paku

Assalamualaikum…warghhh…actually today was a tiring n sleepy day for me…Guess why??hurm..beberapa hari kebelakangan nie susah btol nk tido malam n i just dunno what was the reason…nak kata byk tido siang i guess i didn’t sleep waktu siang lama dah…just yesterday lepas blk main volley ball n badminton, took my lunch, mandi n smbyg zohor terus tersadai atas katil…fuh…penat yg mmg xdapat nk diungkap lg dgn kata2..punya la letih Allah saja yg tahu sampai nk bgn smbyg Asar pon rasa mcm xmampu tp nasib baek lah godaan syaitan berjaya ditentang walaupon hampir terbabas…Alhamdulillah..wutever it is sgt la puas hati dpt main volley ball n badminton..two sports i like the most in my life so dpt main dua2 smlm tue yg getting excited 2…hehehe thanks kpd abg adha yg carikkan org utk kita sama2 maen smlm…seronok sgt n hope to play again some other time or like i said before if possible i wanna create a volley ball league In sha’ Allah…

Today lecture pon dh start for 2nd week even i guess i wasn’t ready yet..huhuhu td balik je dr kelas xnak tido even ngantuk sbb harap2 mlm ni dpt la tido awal dgn aman..huuhu blk je td terus wat assignment which due tomorrow n baca la sket2 for physics lab tomorrow(physics is getting super duper difficult n i start not to love this subject like i used to)..nasib baek masih mencintai maths…subjek the nature and beauty of mathematics sgt la diminati coz i learnt a lot to proof maths from this subject..so logic!!

Panjang la plak berceloteh…actually ana nak share dgn semua tntg satu cerita yg ana dpt dari friendster cerita ni dah penah dgr sebenarnya so nak share la kat sini utk sesiapa yg berminat nak baca. Ana pon dulu sebenarnya seperti pemuda dalam cerita ni cuma recently ana rasa macam sifat tue dah berjaya ana ubah sedikit demi sedikit..so kalian hayati la cerita ni yer…

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. “Untuk apakah paku-paku ini ayah?” tanya pemuda tersebut. “Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu” jawab ayahnya. Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya. Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata “Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.
Akhir kalam,
“Maafkan ana sekiranya ana pernah meninggalkan kesan dinding hati anda.”

~ by azammuhamad on July 21, 2008.

3 Responses to “Kisah Pemuda dan Paku”

  1. menarik cerita ini..semoga kita semua dapat amek pengajaran. Cuba utk bersabar dan mengawal perasaan marah kita, in sha’ Allah..laa taghdab!!

  2. cayalah azam!!!!!
    aku nak suro nad baca lah..
    agagaggagaa……
    =)

  3. waduh2
    berbisa sekali tulisanmu

Leave a Reply