Kesederhanaan dan Keberkatan

Salam semua. Hari ni lepas2 subuh je baca Quran jap then terus ke kelas which started at 8 a.m. Awalnya sejuk pulak tue. Hurm…inilah dugaan terpaksa dihadapi untuk menuntut ilmu. Jangan xtahu menuntut ilmu pun satu jihad fiisabi lillah. Tapi tue pon bergantung kepada niat masing2 la kan?Kalau kita niat kan belajar lillah hitaala so kita dpt la ganjaran lillah hitaala dan jugak sebaliknya.Balik je kelas tadi around 2 something(actually habis pukul 3 but i skipped the last lecture coz mcm bosan je lecture hari nie pasal asid amino n benda2 yg melibatkan enzim ni terasa macam amek medic plak so terus keluar), terfikir tentang kerja-kerja yang mulai bertimbun untuk disiapkan.Antaranya kuiz astronomy,kuiz fizik,draft report astronomy n last but not least assignment maths 1122.huhuhu…so do you think university life is so interesting?then you need to think twice.i just hope all these will finish as soon as possible but it just started..huh*sigh*(ish ape la azam xbaik mengeluh,kuatkan semangat).

Tiba-tiba teringat walimah brother Aiman n sis Izzah. Terbayang-bayang waktu berada kat beddoe malam tue. Segalanya serba indah walaupon saya bukanlah pengantin yang diraikan tetapi kemanisan majlis malam itu dapat saya rasai bersama-sama. Sungguh lain. Itu yg dapat saya describe tentang majlis malam tue yang mana saya rasakan xpernah ada kat Malaysia tanah air kita.

Kepada rakan-rakan yang mungkin tidak berada di situ biar saya cerita kan sikit tentang walimah tersebut. Majlis yang diadakan pada malam itu dibahagikan kepada dua tempat. Yang Rijal(lelaki) berkumpul beramai-ramai di Masjid beddoe dan yang Nisa’(perempuan) berkumpul di rumah sahabat kita saudara Budin. Majlis yang diadakan berjalan dengan penuh kesederhanaan baik dari segi persiapan,makanan dan juga pakaian. Tiada langsung pembaziran. Ini lah yang sepatutnya kita amalkan. Kalau kita tengok kat negara kita Malaysia buat kenduri besar-besaran belanja wang berpuluh-puluh ribu semata-mata nak tengok anak kita kahwin kononnya kahwin ni sekali seumur hidup. Salah sama sekali pendapat yang sedimikian yang hanya semata-mata bersandarkan fikiran yang sempit. Islam itu luas skopnya.

Hari ini kita berbelanja besar buat kenduri. Wang hantaran berpuluh-puluh ribu tapi lepas kahwin ke mana hala tuju rumahtangga kita? Itu yang sepatutnya difikirkan. Jangan boros hari ni esok lepas kahwin kena pinjam sana sini.Cukuplah majlis kecil-kecilan untuk mendapatkan keberkatan dan untuk mengelak fitnah. Tujuan sebenar buat kenduri adalah untuk mengkhabarkan berita gembira kepada semua orang dan bagi menghilangkan keraguan tentang status seseorang. Bukan untuk menunjuk-nunjuk yang kita mampu berbelanja besar pada hari tersebut.

Point yang kedua tentang walimah itu ialah diasingkan untuk lelaki dan perempuan. Alhamdulillah yang ini yang paling saya tertarik kerana pergaulan bebas dapat kita hindari. Walaupon diasingkan antara lelaki dan perempuan itu bukannya halangan untuk kita meraikan pengantin. Bahkan, itu yang sebaik-baiknya agar tidak mencampurkan lelaki dan perempuan yang boleh mengakibatkan mungkin perlanggaran ketika majlis di dalam ruang yang mungkin sempit.

Yang ketiga tidak ada amalan bersanding di atas pelamin yang jelas pengaruh budaya orang India. Yang ni paling saya xfaham kenapalah orang kita masih berpegang kepada amalam seperti ini. Kononnya mereka kata tidak sama kerana orang melayu memakai pakaian ikut tradisi Melayu berbaju melayu,bersampin,memakai tengkolok dan mengenakan keris. Memang itu bukan budaya masyarakat india tetapi budaya berada di atas pelamin untuk menunjuk-nunjuk dan mempamerkan pengantin itu salah. Ustazah saya pernah berkata cukuplah sekadar pengantin duduk di suatu sudut biasa dan berjumpa dengan sanak-saudara. Upacara menepung tawar itu memang diambil dari budaya agama Hindu yang menabur beras kepada sesuatu yang diraikan. Tidakkah itu suatu pembaziran lagi?Nau’ zubillah…

Melihat kepada walimah saudara Aiman terdetik di hati saya alangkah bagusnya kalau saya juga mampu berbuat sedemikian rupa. Saya tahu masih terlalu awal untuk saya memikirkan tentang semua ini tetapi bukan persoalan lambat atau cepat tetapi persoalannya mampukah saya untuk mengadakan majlis seperti ini untuk diri saya sendiri nanti?In sha’ Allah kita tunggu dan lihat kerana hanya masa akan menentukan semua ini.Wallahua’lam…

~ by azammuhamad on July 24, 2008.

6 Responses to “Kesederhanaan dan Keberkatan”

  1. di mana ada kemahuan di situ ada jalan. go azam!! hehehe

  2. takut jalan tue jalan mati la bro…=)

  3. entry yg menarik!

  4. Nice tought :D

  5. betul2! setuju, kadang2 kita nk melaksanakn keserdehanaan&keberkatan tp ada byk tentangn. Contohny, suasana di Msia sendiri. Kalo mahar tuh xdiletak standard ribu2, maka pelilakla jadinya. Kalo anak belajo obesi, xletak 10ribu, xsahla maknanya. Kahwin mestila grand,kate lulusan australia…sape kate?
    Kite tgk…kenape msyrt mcm 2?
    msyrkt moving towards selling their daughter! ibarat kita bg mkn lembu,bg makan mahal2..utk ia jadi sehat dan gebu serta dpt pulangn yg tinggi. begitula juga manusia.
    Bukan melangkah ke arah memberkahi tp kearah materialisi.

    Tak dinafikan, certain org mintak mahar utk backup duit kenduri kahwin, betul x? Ini bmksd, makin besar mahar, makin besarla kenduri.

    Cuba kita ubah sket gaya kenduri msia. Mampukah kita mengubah suasana dgn pendapat kita?….Org Msia ni susah nk berubah

    tp xpe, time azzam esok, kita buat kat clayton! ok? buat penuh berkah dan keredhaan!saling mendoakan!….azzam bile lg? =)

  6. saya pernah hadiri satu walimah kat malaysia yang asingkan laki n perempuan..walimah kakak kepada kawan karib. sgt seronok bile datang n bergaul dgn org yang faham islam n prinsip islam :)

Leave a Reply