Seindah Suria

Salam alaik…Tangan mula rasa gatal-gatal untuk menaip sesuatu yang dah lama difikirkan untuk dipost cuma diri ini tidak sempat untuk menzahirkannya di sini. Tapi pagi ini sudah tak mampu dibendung lagi perasaan untuk menaip yang membuak-buak. Kelas start sejam lagi so masih ada peluang untuk menaip sesuatu.Rasanya hari ni nak bercerita tentang senyum. Mungkin ada orang pandang ini satu perkara yang klise,stereotype n remeh tapi tidak pada saya. Bagi saya ada banyak benda di balik senyuman yang manusia tidak nampak dan selalu dipandang remeh.

Saya nak tanya anda di dalam hidup anda seharian berapa kali anda senyum atau memberikan senyuman kepada orang-orang di sekeliling anda?sekali?dua?tiga?atau lebih. Saya mengharapkan lebih dari tiga. Senyumlah seberapa banyak yang anda mampu kerana senyuman dapat membutirkan kasih sayang dalam persahabatan,menghilangkan stress dan banyak lagi hikmah di sebaliknya. Saya sangat sedih apabila saya lihat orang-orang di sekeliling yang saya jumpa atau berselisih seharian tidak kira di kampung Clayton ni atau pon di Melbourne city yg susah sgt nak senyum atau bahasa kampung saya panggil ‘muka ketat’. Kenapa ek?Kadang-kadang teringin gak nak tanya mereka tapi tak sampai hati. Takut beremosi maklumlah orang melayu terkenal dengan sikap emosionalnya. Saya cakap terus terang yang saya memang susah la nak terima orang yang ‘muka ketat’ ni sebab bagi saya kalau dia nak senyum pun susah macam mana dia nak menunaikan kewajipan yang lain terhadap diri dia. Senyum tu kan perkara asa yang dituntut dalam Islam. Rasanya kita sendiri dah bertahun-tahun lamanya mendengar ’senyum itu sedekah’ tapi adakah kita sengaja membutakan mata dan memekakkan telinga?Astaghfirullah hal’azim…Ruginya kita.

Saya ada suatu cerita tentang diri saya sendiri yang mana masa saya form 4 parents saya datang sekolah untuk tandatangan report card. Then, ayah saya pon tanya lah guru kelas saya ketika itu, Cg Norzihan Ali Musa,

Ayah: Cikgu,anak saya macam mana kat kelas?

Cikgu: Oh, anak pak cik ni yang saya perasan kat dalam kelas selalu tersenyum.

Lepas tu, ayah saya pon hairan kenapa senyuman yang cikgu tu ingat tentang saya dan tidak tentang kelakuan saya yang lain? Lalu saya pon berfikir betapa hebatnya kuasa senyuman yang mana kita tidak perlu melakukan perkara lain untuk buat orang mengingati kita tetapi cukuplah dengan memberikan senyuman kepadanya. Indahnya kejadianMu Ya Rabbi..

Sebut pasal senyum sudah semestinya saya terus teringat bait-bait lirik lagu yang telah saya dengar dan secara spontan saya hafal sejak kecil…

SENYUM seindah suria yang membawa cahaya. SENYUM lah dari hati, duniamu berseri. SENYUM umpama titian, dalam kehidupan. Kau terSENYUM, ku terSENYUM, kemesraan menguntum.  SENYUM kepada semua. SENYUManmu amatlah berharga. SENYUM membahagiakan. Dengan SENYUMan terjalinlah ikatan. “

Buat terakhir kali, saya menyeru sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian,

  • SENYUM lah, kerana SENYUM itu sedekah yang tidak ternilai
  • SENYUM lah kerana SENYUMan anda itu suatu keajaiban alam
If u want people to smile at you, you should give yours first.=)

If u want people to smile at you, you should give yours first.=)

Sampai di sini dulu, sebelum anda mengundurkan diri dr sini, sudi-sudikan diri untuk mengukir SENYUMAN anda yang manis. Tidak ada yang pahit dalam melahirkan SENYUMAN…Wasslam…

~ by azammuhamad on July 28, 2008.

6 Responses to “Seindah Suria”

  1. in sha’ Allah, akan cuba perbaiki senyuman ini..=P entri yg menarik..sama-samalah kita tambah gula and maniskan muka..XD

  2. ktorg kt welly kalo jmpe sape2 pon even xknal, ktorg akn senyum…kdg2 ngn mat/minah salleh pon jdik keje…last year time aku p melben, aku rs sgt awkward..mayb sbb msian kt c2 “kurang” senyum kt rakan snegara kot…ntahla..len padang len belalang

  3. ang suka snyum ka kat klas dulu??? hmmmm… owhh.. ckgu zihan trtarik ngn snyuman ang laa tu.. :) baik snyum, dr buat muka ketat. tp kan, time addmath, aku mmg muka ketat..lalalala…. ang msti snyum pnya time addmath ;)

  4. ‘Kau tersenyum~~ku tersenyum~~~ Kemesraan menguntum~~~~

    Senyum dr Barkly house~~~ =)

  5. salam azam.. aku ni.. nasrul..

    cmna kehidupan kat sana? best? :wink?

    memang suasana, budaya, dan tradisi kita dengan masyarakat sana xsama. btw, yg penting, hg kena tetap dengan sifat yang mudah tersenyum sebab dengan senyum kita boleh membuatkan orang lain gembira.

    u’re welcome to visit my blog and do leave ur comment

    http://aloneinhome.com

    nasrul, iium gombak

  6. me myself tersenyum baca entry ni.nice entry.kadang2 kite terasa when kite senyum kat someone tapi dia tak balas n wat tak endah :( lagi2 kalo org tu dekat sgt ngan kite..sedey..huhuhu :(

    :) :) :) :) :)
    these smiles is for u because u love to smile~

Leave a Reply