Bulan Baru Semangat Baru

Salam alaik…Kira-kira sudah lama tiada entri baru dipostkan dekat blog ini sampai ada yang bertanyakan sendiri.Terima kasih kepada hadirin hadirat yang sudi melapangkan masa bersengkang mata untuk menziarahi blog ini. Bukan sudah berhenti menaip tetapi kekangan waktu membataskan diri ini daripada terus mengemaskini laman ini. Tambah-tambahan bulan Ramadhan yang sudah menjelang tiba ini semakin banyak pecahan waktu yang terpaksa dan akur untuk dilaksanakan. Sudah tentu Ramadhan yang tiba setahun sekali ini tidak mahu saya persiakan begitu sahaja maka rugilah saya dan harapan saya semoga anda juga berpendapat semikian rupa. Tetapi, insha’ Allah saya cuba mencari waktu untuk menzahirkan di sini apa yang terbuku di hati untuk perkongsian kita bersama. Seperti hari ini,sebenarnya baru sahaja selesai menghantar asignment matematik mth 2010 tadi dan bakal menyusul pula report physics dan assignment mth1122 yang perlu diselenggarakan. Insha’ Allah Allah akan membuka ruang bagi hambaNya yang sentiasa berdoa…

Alhamdulillah ramadhan kembali menziarahi muslimin dan muslimat di seluruh dunia. Sedar tak sedar hari ini (5 September 2008 bersamaan 5 Ramadhan 1429H) maksudnya kita sudah 5 hari menjalani ibadah puasa. Jadi macam mana dengan 5 hari ini? Apakah yang kita sudah capai? Agak-agaknya la kan berapa peratus keimanan dan ketaqwaan kita sudah berjaya ditingkatkan dan berapa peratus pulak nafsu yang telah berjaya ditundukkan?Tepuk dada tanya lah iman. Seperti yang kita tahun syaitan dibelenggu di bulan yang mulia ini tapi jangan sesekali pernah lupa bahawa masih ada yang akan menggoda kita iaitu nafsu kita sendiri. Terpulang kepada individu itu sendiri untuk membiarkan nafsu menguasai diri atau sebaliknya berjihad habis-habisan mengekang hawa nafsu tersebut dari terus membelenggu diri kerana seperti yang kita sedia maklum jihad yang paling besar ialah jihad melawan hawa nafsu….Alhamdulillah setelah masuk hari ke-5 puasa ini saya rasa amat bersyukur kerana semuanya masih mengikut perancangan yang dibuat dan harap-harapnya Allah memberi kekuatan kepada saya untuk mengekalkannya sehingga selesai Ramadhan kali ini. Antara perkara-perkara yang ingin dicapai pada Ramadhan kali ini:

  • Solat tarawikh penuh 30 hari dan
  • Melunaskan 30 juzuk Al-Quran

Ada lagi selainĀ  di atas yang ingin dikecapi tetap cukup fokus diberikan kepada dua ini. Bagaimana pula dengan kalian? Sudi-sudikan lah diri untuk berkongsikan goals anda untuk dicapai untuk bulan ramdhan kali ini. Semoga Allah melancar dan melicinkan segala urusan anda semua. Sampai bertemu di lain waktu. Salam Ramadhan….


2 Responses to “Bulan Baru Semangat Baru”

  1. aslam..entri yang menarik..sama-samalah kita galakkan diri utk mencapai matlamat yg disusun. :)

  2. skadar utk dikongsi…aku dapat taklifat dari masulah utk diselesaikan sepanjang madrasah ramadhan ni..

    1. sahur-rebut kelebihan bersahur :)
    2. solat tarawikh jamaie..jgn buat nafsi2 :)
    3. mengadakan program ihya’ ramadhan
    4. khatam tadarus sekurg2nye skali
    5. qiam sekurg2nye 2 rakaat
    6. iftor jamaie
    7. hafal bbrp doa yg masulah aku sediakan
    8. menyedikan juadah berbuka utk org laen; family,kwn2,etc
    9. mengadakan halaqah tadarus
    10.memperbanyakkan ibadah sunat
    11.menginfaq kan harta
    12.bertaaruf
    13.beritikaf 10 mlm terakhir

    rabbi yasseer wa la tu’asseer…

Leave a Reply